Soalan Lazim

Seksyen Pelaburan Dan Pinjaman

Skim Pembiayaan Komputer Dan Telefon Pintar (Smartphones) Bagi Anggota Perkhidmatan Awam

2. Siapakah pegawai yang layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan ini ?
Jawapan : Pegawai Perkhidmatan Awam yang sedang berkhidmat, dilantik secara tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan ini.
3. Berapakah amaun pembiayaan maksimum ?
Jawapan : Amaun pembiayaan maksimum adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Ribu (RM5,000.00) sahaja (bagi salah satu atau kombinasi kedua-duanya)
4. Bagaimanakah permohonan hendak dibuat ?
Jawapan : Permohanan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (smartphones) Anggota Perkhidmatan Awam (Borang Kew. 317). Borang Permohonan hendaklah disediakan sebanyak tiga (3) salinan dan dikemukakan kepada Seksyen Pinjaman Dan Pelaburan, Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Pahang.
5. Adakah permohonan akan diluluskan bagi kali kedua dan seterusnya ? J
Jawapan : Permohonan kali kedua dan seterusnya hanya boleh diluluskan selepas tiga (3) tahun daripada tarikh kelulusan pembiayaan komputer serta telefon pintar (smartphones) dan amaun pembiayaan terdahulu telah diselesaikan sepenuhnya oleh pemohon.

Skim Pinjaman Kenderaan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Pegawai Perkhidmatan Pasukan Polis

2. Siapakah pegawai yang layak memohon pinjaman kenderaan ?
Jawapan : Pegawai-pegawai yang layak memohon pinjaman kenderaan ialah pegawai-pegawai yang berjawatan tetap dan pegawai-pegawai yang berkhidmat secara kontrak. Pinjaman adalah bagi membeli kenderaan yang dibenarkan mengikut kelayakan dan kemampuan seseorang pegawai yang sesungguhnya memerlukan kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi dengan sempurna. Bagi tujuan ini, Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memastikan syarat ini dipatuhi dengan sepenuhnya.
3. Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi semasa mengemukakan permohonan ?

Jawapan : Semasa mengemukakan permohonan, pegawai hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut :

  1. Pegawai mempunyai lesen memandu yang sah; dan
  2. Jumlah ansuran potongan bulanan pembiayaan kenderaan berkenaan tidak melebihi satu pertiga (1/3) daripada gaji pokok pegawai dan jumlah semua potongan gajinya, termasuk ansuran potongan pembiayaan kenderaan berkenaan, tidak melebihi 60% dari gaji pokok serta elaun-elaun.
4. Berapakah bayaran perkhidmatan ke atas pinjaman ?
Jawapan : Bayaran perkhidmatan 4% setahun yang dikira atas baki bulan yang belum diselesaikan adalah dikenakan kepada peminjam melainkan pinjaman membeli bot dan basikal di mana dikecualikan daripada byaran perkhidmatan.
5. Adakah bayaran perkhidmatan akan dikenakan ke atas ansuran-ansuran tertunggak ?
Jawapan : Bayaran perkhidmatan sebanyak 10% setahun akan dikenakan ke atas ansuran-ansuran tertunggak sehingga diselesaikan.
Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang

Hakcipta Terpelihara © 2021 Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang.
Kemaskini Terakhir : 20 Mar 2024 • Jumlah Pelawat : 347781
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map