Info Korporat

Latar Belakang

Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri (PKPN) Pahang bertanggungjawab mengawal selia Jabatan Negeri bagi memastikan peraturan dan undang-undang kewangan dipatuhi. Tanggungjawab ini meliputi mengawal selia kutipan hasil negeri, pengagihan peruntukan kepada jabatan, mengawal bayaran dan menentukan rekod kewangan jabatan diselenggarakan dengan betul dan sempurna. Ini bagi memastikan pengurusan kewangan negeri dapat dilaksanakan dengan teratur.

Objektif Pejabat adalah mengurus, merancang dan melaksanakan dasar kewangan dan belanjawan bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat, dan pembahagian pendapatan yang lebih seimbang selari dengan dasar kerajaan.
Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri bertanggungjawab dalam pengurusan hal-ehwal kewangan Kerajaan Negeri selaras dengan Seksyen 11(4) Bahagian II Bab I Yang (Pemerintahan) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang 1959 menyatakan:
"Pegawai Kewangan Negeri hendaklah, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan bahagian ini, menjadi pegawai bertanggungjawab bagi hal-ehwal kewangan negeri"

PKPN diketuai oleh Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Pahang dan dibantu oleh:-

  1. Timbalan Pegawai Kewangan Negeri (Bahagian Pengurusan Kewangan)
  2. Akauntan Negeri (Bahagian Pengurusan Perakaunan)
FaLang translation system by Faboba
Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang
  • Tingkat 3, 5 & 6, Blok B, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

  • 09-512 6800
  • 09-513 4839
  • pkn[@]pahang.gov.my


Hakcipta Terpelihara © 2021 Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang.
Kemaskini Terakhir : 18 Jan 2023 • Jumlah Pelawat : 344845
bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map