Dasar Privasi

Privasi anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar emel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.

Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui emel.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Portal yang Lain?
Portal ini mempunyai pautan ke laman portal. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa portal yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap portal yang dilayari.

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemaskini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemaskini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Privacy Policy

FaLang translation system by Faboba
Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang
  • Tingkat 3, 5 & 6, Blok B, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

  • 09-512 6800
  • 09-513 4839
  • pkn[@]pahang.gov.my


Hakcipta Terpelihara © 2021 Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang.
Kemaskini Terakhir : 07 Jun 2023 • Jumlah Pelawat : 342692
bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map