Soalan Lazim
Seksyen Belanjawan Dan Hasil
Belanjawan
Jawapan :
- Permohonan Pindah Peruntukan tidak digalakkan dibuat pada awal tahun. Permohonan Pindah Peruntukan boleh dibuat mulai Julai dengan justifikasi kukuh.
- Permohonan untuk pindah peruntukan bagi Belanja Pembangunan perlu dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri (BPEN) terlebih dahulu.
Hasil
Jawapan : Pemohon hendaklah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Duti Hiburan 1953. Pemohon perlu mendapatkan Borang Permohonan Duti Hiburan dari Unit Hasil Pejabat Daerah atau terus di Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang.
Borang berkenaan hendaklah diisi dengan lengkap dengan mengemukakan dokumen sokongan (salinan yang disahkan) seperti berikut:
- Sijil Pendaftaran Pertubuhan / Persatuan
- Surat Kebenaran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri/Residen/Pejabat Daerah
- Borang Permohonan menganjurkan Hiburan (Undang-Undang Cukai Hiburan No. 25/1953)
Jawapan : Pemohon hendaklah tertakluk di bawah Seksyen 10,11 dan 12 Akta Duti Hiburan 1953. Pemohon perlu mendapatkan Borang Pengecualian Duti Hiburan dari Unit Hasil Pejabat Daerah atau terus di Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang.
Borang berkenaan hendaklah diisi dengan lengkap dengan mengemukakan dokumen sokongan (salinan yang disahkan) seperti berikut:-
- Sijil Pendaftaran Pertubuhan / Persatuan
- Surat Kebenaran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri/Pejabat Daerah
- Permit Polis (jika ada)
- Penyata Akaun / Penyata Akaun (Anggaran)
- Borang Permohonan Perakuan Pengecualian Daripada Duti Hiburan No. 25/1953 (Sek. 4 dan 10)
Jawapan : Duti hiburan boleh dibayar di semua kaunter Pejabat Daerah atau ke Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang kecuali di Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan.