Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri (PKPN) Pahang bertanggungjawab mengawal selia Jabatan Negeri bagi memastikan peraturan dan undang-undang kewangan dipatuhi. Tanggungjawab ini meliputi mengawal selia kutipan hasil negeri, pengagihan peruntukan kepada jabatan, mengawal bayaran dan menentukan rekod kewangan jabatan diselenggarakan dengan betul dan sempurna. Ini bagi memastikan pengurusan kewangan negeri dapat dilaksanakan dengan teratur.
Objektif Pejabat adalah mengurus, merancang dan melaksanakan dasar kewangan dan belanjawan bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat, dan pembahagian pendapatan yang lebih seimbang selari dengan dasar kerajaan.