Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke Laman Web Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang (PKPN).
Perkembangan ICT yang begitu pesat di dunia tanpa sempadan menyaksikan perubahan ketara terhadap ‘teknologi komunikasi’ yang membolehkan semua lapisan masyarakat dunia mendapatkan maklumat yang dicari dengan cepat, tepat dan mudah.
Justeru, laman web PKPN diharapkan akan menjadi rujukan dan panduan untuk membantu memenuhi keperluan maklumat berkaitan dengan pengurusan kewangan di kalangan pelanggan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang khususnya dan rakyat Negeri Pahang Darul Makmur amnya.
Dengan itu, kami mengalu-alukan semua pihak untuk melayari laman web ini dan mengemukakan sebarang sumbangan idea, pandangan dan maklum balas bagi memperbaiki lagi kandungan laman web ini dari semasa ke semasa.
Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan ucapan syabas kepada semua warga PKPN yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas kerjasama dalam menzahir dan menjayakan pembaharuan laman web ini.
Sekian, terima kasih.