Jawapan: Had nilai pembelian terus adalah sehingga RM50,00.00 dan Kuasa Melulus adalah Pegawai Pengawal (Ketua Jabatan). Ianya adalah selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan PK 2.10 Pembelian Terus (Bekalan dan Perkhidmatan). Jabatan perlu melaksanakan kajian pasaran dan mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum melaksanakan pembelian bekalan dan perkhidmatan berkenaan.
Jawapan: Jabatan/Agensi perlu mendapatkan tiga (3) tawaran harga daripada pembekal tempatan melalui kaedah kajian pasaran yang ditentukan Jabatan/Agensi sendiri. Jabatan/Agensi boleh membuat kajian pasaran mengikut kesesuaian seperti dalam bentuk sebut harga (“quotation”) tidak formal, “window shopping”, carian laman web, harga pembelian lampau dan lain-lain. Agensi boleh menentukan kaedah kajian pasaran yang paling sesuai dengan bekalan/ perkhidmatan yang ingin diperolehi.
Walau bagaimanapun, Jabatan-Jabatan di peringkat Kerajaan Negeri Pahang tidak perlu melaksanakan kajian pasaran bagi pembelian terus yang bernilai kurang daripada RM5,000.00 dan Ketua Jabatan perlu menggunakan budi bicara masing-masing bagi menentukan perolehan yang dilaksanakan adalah selaras dengan konsep “value for money”.
Jawapan: Jabatan/Agensi boleh rujuk Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Pahang Bilangan 1 Tahun 2018 berkaitan Peraturan Permohonan Bagi Mengadakan Latihan/Bengkel Diluar Pejabat Secara Berpakej di laman Web PKPN.
Jawapan: Bagi pelaksanaan projek-projek pembangunan fizikal, Jabatan Teknik adalah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sahaja. Dua Jabatan ini telah diberi kuasa Right of First Refusal (ROFR) untuk menentukan / mengenalpasti projek yang boleh dilaksanakan oleh Jabatan Teknik sendiri ataupun oleh Agensi. Jabatan hendaklah merujuk Pekeliling Perbendaharaan PK 3 Perolehan Perunding berhubung perkara ini.
a.Perolehan Bekalan
Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri adalah diberi pelepasan daripada membayar GST ke atas perolehan bekalan (barang) kecuali bagi kereta import dan petroleum, selaras dengan Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014 [P.U.(A) 273/2014]. Walau bagaimanapun, pelepasan daripada membayar GST hendaklah dibuat melalui pengeluaran Certificate of GST Relief (CoGSTR). CoGSTR perlu ditandatangani ke atas setiap perolehan yang mendapat pelepasan GST seperti yang diperuntukkan dalam Perintah Cukai Barang dan 14 /174 Perkhidmatan (Pelepasan) 2014. Dalam hal ini, Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan atau mana-mana pegawai yang diturun kuasa oleh Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan sebagai pelulus Pesanan Tempatan/ Surat Setuju Terima (SST) dibenarkan untuk menandatangani CoGSTR mengikut had nilai perolehan yang telah ditetapkan.
b.Perolehan Kerja, Perkhidmatan Perunding dan Perkhidmatan Bukan Perunding
Perolehan kerja, Perkhidmatan Perunding dan Perkhidmatan Bukan Perunding adalah dikenakan GST. Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri hendaklah menggunakan peruntukan sedia ada bagi menampung kenaan GST.
Jawapan: Pekeliling Perbendaharaan PK 2.5 Kontrak Pusat dan PK 2.7 Kontrak Panel Berpusat jelas menerangkan perbezaan antara Kontrak Pusat dan Kontrak Panel Berpusat.
Kontrak Pusat adalah perolehan bekalan/perkhidmatan guna sama di mana harga dan spesifikasi ditetapkan mengikut kontrak tersebut bagi tempoh tertentu.
Kontrak Panel Berpusat adalah kontrak antara Agensi dengan syarikat panel yang disenaraikan oleh Kementerian Kewangan bagi perolehan bekalan/perkhidmatan guna sama untuk sesuatu tempoh tertentu. Agensi hendaklah memperoleh bekalan/perkhidmatan daripada syarikat panel mengikut spesifikasi/keperluan masing-masing melalui kaedah perolehan yang ditetapkan. Harga adalah berdasarkan harga tawaran syarikat panel yang dilantik
Jabatan adalah bertanggungjawab untuk menyemak senarai terkini item Kontrak Pusat dan senarai Kontrak Panel Berpusat serta tarikh kuat kuasa kontrak dalam Portal Pekeliling Perbendaharaan.
Jawapan: Tidak. Pembelian kasut kulit tidak lagi tertakluk kepada peraturan pembelian item kontrak panel berpusat. Ini memandangkan kontrak panel berpusat bagi kasut kulit telah pun tamat.
Jawapan : Tidak. Perabot kayu merupakan salah satu item Kontrak Panel Berpusat dan pembelian hanya boleh dilaksanakan dengan syarikat panel sahaja mengikut kaedah perolehan yang telah ditentukan mengikut had nilai. Jabatan adalah bertanggungjawab untuk menyemak senarai syarikat dalam Portal Pekeliling Perbendaharaan.
Mana-mana pengecualian hendaklah dipohon melalui Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan dan mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pegawai Kewangan Negeri sebelum melaksanakan perolehan berkenaan.
Jawapan: Semua urusan perolehan percetakan dokumen Kerajaan hendaklah dilaksanakan dengan syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan mengikut tatacara perolehan semasa. Bagi percetakan dokumen keselamatan, Agensi hendaklah mendapatkan khidmat nasihat dan pengesahan dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (PKPKKM, JPM) sebelum perolehan dilaksanakan.
Kerja-kerja cetakan bagi dokumen yang melibatkan Warta Kerajaan Persekutuan dan Negeri sahaja yang mesti dilaksanakan dengan PNMB tanpa tertakluk kepada sebarang had nilai dan tempoh masa. Agensi adalah dikecualikan daripada mengadakan kontrak formal dan bayaran bagi kerja-kerja percetakan yang hendaklah dibuat berasaskan inbois yang dikemukakan oleh PNMB. Percetakan dokumen selain yang dinyatakan di para berkenaan hendaklah mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.
Jawapan: Tidak. Perolehan bernilai RM400,000.00 adalah tertakluk kepada pelaksanaan sebut harga. Sekiranya atas sebab-sebab atau justifikasi yang kukuh, Jabatan hanya akan dibenarkan melaksanakan perolehan tersebut secara Rundingan Terus dan proses Rundingan Harga perlu dilaksanakan sebagaimana peraturan yang telah ditetapkan.
Jawapan: ePPHG merujuk kepada Sistem Perolehan Elektronik Kerajaan Negeri Pahang yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk proses pembelian barangan dan perkhidmatan secara dalam talian.
Sistem ini bertujuan untuk mempermudah, mempercepat, dan memastikan ketelusan dalam proses perolehan di peringkat Kerajaan Negeri Pahang.
Beberapa ciri utama ePPHG adalah:
Platform Digital: Ia menyediakan platform yang membolehkan kontraktor dan pembekal mengemukakan sebut harga dan tender secara elektronik. Ini menggantikan proses manual yang biasanya lebih lambat dan memerlukan banyak dokumen fizikal.
Ketelusan dan Akauntabiliti: Sistem ini membantu memastikan proses perolehan lebih telus dan tidak ada unsur penyelewengan atau rasuah, kerana semua transaksi dan keputusan dapat diaudit dengan mudah.
Pendaftaran Pembekal dan Kontraktor: Pembekal atau kontraktor yang ingin berurusan dengan kerajaan negeri Pahang perlu mendaftar dalam sistem ePPHG. Ini memudahkan pihak kerajaan untuk menyaring dan memilih pembekal yang berkelayakan.
Pengurusan Tender dan Sebut Harga: Sistem ini juga membolehkan pengurusan tender, sebut harga, dan kontrak secara elektronik, memberikan kemudahan untuk pihak yang terlibat dalam proses perolehan untuk membuat keputusan dengan lebih cepat dan tepat.
Sistem Penilaian: Proses penilaian bagi tawaran yang diterima dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat, serta dapat dipantau oleh pihak berwajib.
Secara keseluruhannya, ePPHG adalah satu inisiatif yang membantu memperkemaskan urusan perolehan kerajaan dengan lebih efisien, telus, dan mesra teknologi.
Jawapan: Akses ke portal utama ePPHG di https://epphg.pahang.gov.my
Tingkat 3, 5 & 6, Blok B, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan, Pahang Darul Makmur.