Soalan Lazim

Seksyen Khidmat Pengurusan

Unit Teknologi Maklumat

1. Apakah kegunaan sistem eiSPEKS

Jawapan :

  1. Sistem eiSPEKS membolehkan kakitangan awam yang dibayar gaji melalui Kerajaan Negeri untuk menyemak dan mencetak slip gaji bulanan secara atas talian
  2. Selain itu, segala maklumat tuntutan seperti OT dan TNT boleh dibuat semakan melalui eMaklum
  3. Kakitangan awam juga boleh mencetak sendiri Penyata Pendapatan Tahunan (EC) bagi tujuan semakan cukai pendapatan
  4. Bagi pembekal pula, maklumat bayaran yang dibuat melalui Kerajaan Negeri boleh dilihat dan disemak melalui eMaklum.

Penggunaan eSPEKS

1. Saya ingin mendaftar sebagai pengguna eiSPEKS. Bagaimanakah caranya ?

Jawapan :

  1. Buka sistem eSPEKS (https://eispeks.pahang.gov.my)
  2. Klik butang Log Masuk
  3. Klik link Pendaftaran
  4. Satu skrin pendaftaran akan dipaparkan. Anda diwajibkan mengisi semua maklumat dengan tepat. Medan yang bertanda * adalah wajib diisi
  5. Sila pastikan alamat emel adalah betul dan aktif. Ini kerana emel pengesahan akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan
  6. Setelah maklumat lengkap dan tepat, klik butang Daftar
  7. Semak emel pengesahan yang akan dihantar ke emel anda. Klik link untuk pengesahan pendaftaran. Setelah itu, anda boleh melayari sistem eiSPEKS menggunakan no. KP / daftar syarikat dan katalaluan yang didaftarkan
2. Saya terlupa katalaluan eiSPEKS. Apa yang harus saya lakukan ?

Jawapan :

  1. Anda perlu klik pada link Lupa Katalaluan di skrin Log Masuk
  2. Sila masukkan no. KP / daftar syarikat dan emel yang telah didaftarkan sebelum ini
  3. Anda akan menerima emel yang mengandungi Katalaluan sementara
  4. Anda perlu log masuk ke eiSPEKS dengan memasukkan Katalaluan sementara dan buat penukaran Katalaluan di bahagian Akaun -> Tukar Katalaluan.
3. Saya baru sahaja bertukar ke jabatan di bawah Kerajaan Negeri 3 bulan yang lalu.

Saya dimaklumkan bayaran gaji saya telah dibuat secara auto melalui sistem gaji dan perlu mencetak sendiri penyata gaji melalui eiSPEKS. Walau bagaimanapun, apabila saya klik butang ePayslip, terdapat mesej 'Data tidak wujud'.

Jawapan : Didapati sistem eiSPEKS gagal menarik data anda daripada sistem gaji. Sila hubungi Helpdesk di talian 09-5126812 / 894 atau Unit Teknologi Maklumat di talian 09-5126815 untuk mengatasi masalah ini.

4. Saya telah bertukar ke jabatan lain tetapi masih di bawah Kerajaan Negeri (gaji dibayar oleh Kerajaan Negeri). Adakah saya perlu batalkan pendaftaran yang telah dibuat di jabatan lama ?

Jawapan : Tidak perlu sekiranya gaji anda masih dibayar di bawah Kerajaan Negeri. Anda boleh terus menggunakan Katalaluan yang sama. Cuma anda perlu mengemaskini profil akan dengan memilih jabatan dan PTJ yang baru. Klik butang Akaun dan pilih Profil untuk kemaskini maklumat.

6. Bagaimanakah caranya untuk membatalkan akaun yang telah wujud ?
Jawapan : Sila maklumkan kepada Helpdesk di talian 09-5126812 / 849 atau Unit Teknologi Maklumat di talian 09-5126815 untuk membatalkan akaun anda. Akaun anda akan dibatalkan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas makluman diterima.
7. Berapa lamakah data penyata gaji, eMaklum dan penyata tahunan disimpan dalam sistem eiSPEKS ?
Jawapan : Data tersebut akan disimpan dalam tempoh 2 tahun. Selepas tempoh tersebut, data akan digugurkan.
8. Saya seorang pembekal. Maklumat bayaran saya langsung tidak dipaparkan dalam eMaklum. Saya telah semak dengan jabatan pembayar bahawa pembayaran telah dibuat. Apakah masalahnya ?
Jawapan : Kemungkinan no. daftar syarikat anda tidak tepat (format tidak sama) seperti yang terdapat dalam pangkalan data eiSPEKS. Sila hubungi Helpdesk di talian 09-5126812 / 894 untuk bantuan penyelesaian.
FaLang translation system by Faboba
Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang
  • Tingkat 3, 5 & 6, Blok B, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

  • 09-512 6800
  • 09-513 4839
  • pkn[@]pahang.gov.my


Hakcipta Terpelihara © 2021 Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang.
Kemaskini Terakhir : 18 Jan 2023 • Jumlah Pelawat : 344844
bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman