Soalan Lazim

Seksyen Belanjawan Dan Hasil

Belanjawan

1. Bilakah pihak Jabatan boleh menggunakan peruntukan tahun baru melalui iSPEKS ?
Jawapan : Peruntukan tahun baru boleh digunakan oleh setiap Jabatan pada 1 Januari setiap tahun baru.
2. Bilakah permohonan Pindah Peruntukan boleh dibuat dan tempoh berakhirnya permohonan ?

Jawapan :

  1. Permohonan Pindah Peruntukan tidak digalakkan dibuat pada awal tahun. Permohonan Pindah Peruntukan boleh dibuat mulai Julai dengan justifikasi kukuh.
  2. Permohonan untuk pindah peruntukan bagi Belanja Pembangunan perlu dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri (BPEN) terlebih dahulu.
3. Bilakah permohonan tambahan boleh dibuat ?
Jawapan : Permohonan tambahan boleh dikemukakan pada bulan Jun selepas semakan Pertengahan Tahun.
4. Sekiranya peruntukan di bawah emolumen berkurangan, adakah Jabatan perlu membuat permohonan tambahan ?
Jawapan : Pihak Jabatan perlu membuat Pindah Peruntukan dari mana-mana kod OSOL Jabatan terlebih dahulu. Sekiranya peruntukan OSOL tidak mencukupi, pihak Jabatan boleh membuat permohonan peruntukan tambahan.
5. Apakah Perbezaan Dasar Baru dan One-Off ?
Jawapan : Dasar baru merupakan Program/Aktiviti baru termasuk tambahan, sambungan atau perluasan kepada dasar sedia ada contoh penambahan emolumen manakala One-Off pula adalah sesuatu perbelanjaan yang tidak berulang (hanya sekali) contohnya pembelian kenderaan.

Hasil

1. Bagaimanakah prosedur memohon untuk menganjurkan pertunjukkan hiburan ?

Jawapan : Pemohon hendaklah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Duti Hiburan 1953. Pemohon perlu mendapatkan Borang Permohonan Duti Hiburan dari Unit Hasil Pejabat Daerah atau terus di Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang.

Borang berkenaan hendaklah diisi dengan lengkap dengan mengemukakan dokumen sokongan (salinan yang disahkan) seperti berikut:

  1. Sijil Pendaftaran Pertubuhan / Persatuan
  2. Surat Kebenaran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri/Residen/Pejabat Daerah
  3. Borang Permohonan menganjurkan Hiburan (Undang-Undang Cukai Hiburan No. 25/1953)
2. Bagaimanakah prosedur memohon untuk pengecualian duti hiburan ?

Jawapan : Pemohon hendaklah tertakluk di bawah Seksyen 10,11 dan 12 Akta Duti Hiburan 1953. Pemohon perlu mendapatkan Borang Pengecualian Duti Hiburan dari Unit Hasil Pejabat Daerah atau terus di Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang.

Borang berkenaan hendaklah diisi dengan lengkap dengan mengemukakan dokumen sokongan (salinan yang disahkan) seperti berikut:-

  1. Sijil Pendaftaran Pertubuhan / Persatuan
  2. Surat Kebenaran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri/Pejabat Daerah
  3. Permit Polis (jika ada)
  4. Penyata Akaun / Penyata Akaun (Anggaran)
  5. Borang Permohonan Perakuan Pengecualian Daripada Duti Hiburan No. 25/1953 (Sek. 4 dan 10)
3. Dimanakah duti hiburan boleh dibayar ?

Jawapan : Duti hiburan boleh dibayar di semua kaunter Pejabat Daerah atau ke Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang kecuali di Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan.

4. Berapakah kadar duti hiburan yang perlu dibayar ?
Jawapan : Kadar duti hiburan yang ditetapkan adalah kadar rata 25%.
5. Di bawah Akta Duti Hiburan 1953, apakah tafsiran hiburan yang dikenakan duti ?
Jawapan : "Hiburan" termasuk apa-apa pameran, persembahan, keseronokan, permainan atau sukan yang kepadanya orang-orang dibenarkan masuk dengan bayaran.
6. Kerugian Yang Disebabkan Oleh Hutang Dan Tunggakan Hasil Yang Tidak Boleh Didapatkan (Hapuskira) Di Bawah Arahan Perbendaharaan 328 dan Akta Prosedur Kewangan 1957 sek. 17b
Jawapan : Apa-apa hapus kira hasil adalah memerlukan pengesahan Pegawai Pengawal bagi mendapatkan kebenaran daripada Pegawai Kewangan Negeri untuk mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri
Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang

Hakcipta Terpelihara © 2021 Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang.
Kemaskini Terakhir : 17 Apr 2024 • Jumlah Pelawat : 345239
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman