faq new hubungi kami new tns peta laman web new  

    Seksyen Khidmat Pengurusan

    Unit Teknologi Maklumat

    1. Apakah kegunaan sistem eSPEKS
    Jawapan :
    i. Sistem eSPEKS membolehkan kakitangan awam yang dibayar gaji melalui Kerajaan Negeri untuk menyemak dan mencetak slip gaji bulanan secara atas talian
    ii. Selain itu, segala maklumat tuntutan seperti OT dan TNT boleh dibuat semakan melalui eMaklum
    iii. Kakitangan awam juga boleh mencetak sendiri Penyata Pendapatan Tahunan (EC) bagi tujuan semakan cukai pendapatan
    iv. Bagi pembekal pula, maklumat bayaran yang dibuat melalui Kerajaan Negeri boleh dilihat dan disemak melalui eMaklum.

    Capaian eSPEKS
    2.  Bagaimanakah caranya untuk menggunakan sistem eSPEKS
    Jawapan :
    i. Buka browser (Internet Explorer / Mozilla Firefox / Googl Chrome dll)
    ii. Taip pada ruangan url https://espeks.pahang.gov.my
    iii. Bagi pengguna baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu
    iv. Pengguna yang telah berdaftar boleh melayari eSPEKS dengan memasukkan no. KP / daftar syarikat dan katalaluan yang disahkan semasa pendaftaran.

    3. Mengapakan terdapat error 'There is a problem with this website's security certificate' ketika saya membuka eSPEKS
    Jawapan :
    Ini bermaksud security certificate bagi sistem ini masih belum diperbaharui setelah tamat tempoh.

    4. Adakah saya tidak boleh melayari sistem eSPEKS sekiranya mesej error di atas dipaparkan?
    Jawapan :
    Anda masih boleh melayari eSPEKS dengan klik link 'Continue to this website (not recommended)'

    Penggunaan eSPEKS
    5. Saya ingin mendaftar sebagai pengguna eSPEKS. Bagaimanakah caranya?
    Jawapan :
    i. Buka sistem eSPEKS (https://espeks.pahang.gov.my)
    ii. Klik butang Log Masuk
    iii. Klik link Pendaftaran
    iv. Sila pilih kategori pengguna samada Kakitangan atau Pembekal
    v. Satu skrin pendaftaran akan dipaparkan. Anda diwajibkan mengisi semua maklumat dengan tepat. Medan yang bertanda * adalah wajib diisi
    vi. Sila pastikan alamat emel adalah betul dan aktif. Ini kerana emel pengesahan akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan
    vii. Setelah maklumat lengkap dan tepat, klik butang Daftar
    viii. Semak emel pengesahan yang akan dihantar ke emel anda. Klik link untuk pengesahan pendaftaran. Setelah itu, anda boleh melayari sistem eSPEKS menggunakan no. KP / daftar syarikat dan katalaluan yang didaftarkan.

    6. Saya terlupa katalaluan eSPEKS. Apa yang harus saya lakukan?

    Jawapan :

    i. Anda perlu klik pada link Lupa Katalaluan di skrin Log Masuk
    ii. Sila masukkan no. KP / daftar syarikat dan emel yang telah didaftarkan sebelum ini
    iii. Anda akan menerima emel yang mengandungi Katalaluan sementara
    ix. Anda perlu log masuk ke eSPEKS dengan memasukkan Katalaluan sementara dan buat penukaran Katalaluan di bahagian Akaun -> Tukar Katalaluan.

    7. Saya baru sahaja bertukar ke jabatan di bawah Kerajaan Negeri 3 bulan yang lalu.
    Saya dimaklumkan bayaran gaji saya telah dibuat secara auto melalui sistem gaji dan perlu mencetak sendiri penyata gaji melalui eSPEKS. Walau bagaimanapun, apabila saya klik butang ePayslip, terdapat mesej 'Data tidak wujud'.
    Jawapan :
    Didapati sistem eSPEKS gagal menarik data anda daripada sistem gaji. Sila hubungi Unit Perunding SPEKS di talian 09-5126812 / 894 atau Unit Teknologi Maklumat di talian 09-5126815 untuk mengatasi masalah ini.

    8. Saya telah bertukar ke jabatan lain tetapi masih di bawah Kerajaan Negeri (gaji dibayar oleh Kerajaan Negeri). Adakah saya perlu batalkan pendaftaran yang telah dibuat di jabatan lama?
    Jawapan :
    Tidak perlu sekiranya gaji anda masih dibayar di bawah Kerajaan Negeri. Anda boleh terus menggunakan Katalaluan yang sama. Cuma anda perlu mengemaskini profil akan dengan memilih jabatan dan PTJ yang baru. Klik butang Akaun dan pilih Profil untuk kemaskini maklumat.

    9. Bagaimana sekiranya saya telah bertukar ke Kerajaan Persekutuan? Adakah saya perlu membatalkan pendaftaran saya?
    Jawapan :
    Sekiranya masih ada keperluan untuk mencetak penyata gaji, penyata tahunan dan eMaklum, anda dinasihatkan untuk tidak membatalkan akaun anda.

    10. Bagaimanakah caranya untuk membatalkan akaun yang telah wujud?
    Jawapan :
    Sila maklumkan kepada Unit Perunding SPEKS di talian 09-5126812 / 849 atau Unit Teknologi Maklumat di talian 09-5126815 untuk membatalkan akaun anda. Akaun anda akan dibatalkan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas makluman diterima.

    11. Berapa lamakah data penyata gaji, eMaklum dan penyata tahunan disimpan dalam sistem eSPEKS?
    Jawapan :
    Data tersebut akan disimpan dalam tempoh 2 tahun. Selepas tempoh tersebut, data akan digugurkan.

    12. Saya seorang pembekal. Maklumat bayaran saya langsung tidak dipaparkan dalam eMaklum. Saya telah semak dengan jabatan pembayar bahawa pembayaran telah dibuat. Apakah masalahnya?
    Jawapan :
    Kemungkinan no. daftar syarikat anda tidak tepat (format tidak sama) seperti yang terdapat dalam pangkalan data eSPEKS. Sila hubungi Unit Perunding SPEKS di talian 09-5126812 / 894 untuk bantuan penyelesaian.

    Please publish modules in offcanvas position.