banner pkpn

    Program Ikrar Bebas Rasuah Bersama SPRM

    Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang (PPKN) telah menunjukkan komitmen sebagai Jabatan Kerajaan Negeri pertama tahun ini yang menyahut seruan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui lafaz ikrar dan menandatangani Watikah Ikrar Bebas Rasuah dihadapan SPRM.

    Majlis bacaan Ikrar diketuai oleh YB Pegawai Kewangan Negeri dan diikuti dengan semua pegawai-pegawai kanan dan kakitangan PPKN. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM, PKPj Jamaluddin bin Puteh sebagai saksi, dan pegawai-pegawai kanan SPRM.

    Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ini merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan hasil cetusan idea oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri, Datuk Dzulkifli Ahmad. IBR ini memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan.

     

    Hakcipta Terpelihara @ 2017 Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang.  Sesuai dipapar menggunakan IE 8,Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1600x900

    • Tarikh Kemaskini: 13 February 2018.

    PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI PAHANG
    Tingkat 3, 5 & 6, Blok B,Wisma Sri Pahang,
    25503 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
    No. Telefon : (6)09-5126800
    No. Faks : (6)09-5134839

     


     

    Please publish modules in offcanvas position.