Penyerahan Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pahang bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 telah diadakan pada 6 Ogos 2018, jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang (PKPN), Tingkat 6, Wisma Sri Pahang, Kuantan. Majlis telah dipengerusikan oleh Yang Hormat Dato’ Ali Syahbana bin Sabaruddin, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri dan dihadiri oleh Akauntan Negeri Pahang, Pengarah dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Audit Negeri Pahang serta pegawa-pegawai daripada PKPN.

Penyata Kewangan Tahun 2017 telah diserahkan kepada Jabatan Audit Negeri Pahang untuk diaudit pada 20 Mac 2018 (tarikh akhir KPI yang ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara adalah pada 30 April setiap tahun). Sesi Pre Exit Pengauditan Penyata Kewangan Tahun 2017 telah diadakan bersama Pengarah Seksyen Audit Kewangan, Cik Lim Sok Kiang pada 24 Mei 2018 dan sesi Exit Conference Pengauditan Penyata Kewangan Tahun 2017 telah diadakan pada 26 Jun 2018 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBhg. Dato’ Che Isa Bin Che Kob.

Maklumbalas/ulasan tambahan berkaitan perkara yang dibangkitkan dalam Exit Conference telah dikemukakan kepada Jabatan Audit Negeri Pahang pada 28 Jun 2018 dan 9 Julai 2018. Semua isu yang dibangkitkan dalam Pengauditan telah diberi perhatian dan sedang di peringkat tindakan Pejabat ini seperti menyemak semula kadar-kadar hasil, menambahbaik proses kerja, penyelarasan dengan PTJ dan Agensi berkaitan.

Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com