Kursus Pengurusan Aset Tak Ketara telah diadakan pada 6 dan 7 Ogos 2019 (Selasa dan Rabu) bertempat di Bilik Latihan, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang.
Kursus ini telah dihadiri seramai 68 orang peserta yang terdiri daripada pegawai/ kakitangan daripada semua jabatan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri yang terlibat secara langsung dengan pengurusan aset Jabatan.
Penceramah bagi kursus ini adalah Encik Sairol Anuar Bin Ibrahim yang telah didatangkan khas daripada Bahagian Pengurusan Aset Awam, Kementerian Kewangan Malaysia. Pengisian kursus adalah tertumpu kepada penerangan berhubung tatacara dan peraturan berkaitan pengurusan Aset Tak Ketara bermula proses penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan, penyelenggaraan, pindahan, pelupusan serta kehilangan dan hapuskira selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan AM 7 Tatacara Pengurusan Aset Tak Ketara Kerajaan.