faq new hubungi kami new tns peta laman web new  

    MALAM APRESIASI DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2020

    KUANTAN,22 Januari 2020 (Rabu) – Julung-julung kalinya, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang menganjurkan Malam Apresiasi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 yang telah diadakan di Hotel Grand Darul Makmur bagi meraikan dan menghargai sumbangan Pegawai  Kewangan Negeri yang akan bersara wajib pada 25 Januari 2020 disamping meraikan sumbangan pegawai dan kakitangan dalam Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Kelab Sukan dan Kebajikan dan Sukan (KEWPER) dan seterusnya meraikan pegawai-pegawai yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi siri penilaian Tahun 2019.

    Majlis pembukaan dengan persembahan silat dan serta tarian dari Unit Kebudayaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

    Antara program dan pengisian sepanjang majlis antaranya tayangan video aktiviti sepanjang tahun 2019, tayangan video  biografi YB Pegawai Kewangan Negeri yang telah disediakan hasil kerjasama  urusetia dan Unit Komunikasi Media Pahang.

    Turut diadakan majlis memotong kek sempena hari lahir YB Dato Indera pada 25 Januari 2020 dan juga penyampaian cenderamata penghargaan kepada YB Dato Indera Haji Mohamad Roslan bin Harun dan Datin Indera Hajah Kamariah binti Daud.

    Tarikh terakhir dikemaskini : 23/1/2020

    Please publish modules in offcanvas position.