Majlis Persaraan dan Pertukaran Pegawai

    Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang telah mengadakan Majlis Perpisahan sempena persaraan Puan Nora binti Maaris, Penolong Akauntan Gred W36 dan Puan Jawariah binti Md Taib, Ketua Pembantu Tadbir (Kew) Gred W22 yang akan bersara pilihan mulai 2 Januari 2018. Disamping itu majlis turut meraikan pertukaran pegawai dan kakitangan terdiri daripada Encik Muhammad Faizal bin Sidek dan Puan Zanariahtul Saadiah binti Yatim , Penolong Pegawai Kewangan Negeri Gred M44 serta Encik Mohd Khaidir bin Shamsudin, Ketua Pembantu Tadbir (Kew) Gred W22 yang bertukar mulai bulan Disember 2017. Majlis telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang pada 22 Disember 2017 jam 10.00 pagi. Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang.

    Please publish modules in offcanvas position.