banner pkpn

    Majlis Perjumpaan YB Pegawai Kewangan Negeri Bersama Warga PKPN

    Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang telah mengadakan Majlis Perjumpaan YB Pegawai Kewangan Negeri bersama Warga PPKN. Program tahunan ini diadakan bagi memberi peluang interaksi antara Ketua Jabatan dan Warga. Majlis turut meraikan tujuh (7) orang kakitangan yang bertukar ke luar jabatan iaitu :-
    1. PUAN KHAIRATUL AINI BINTI MANSOR
    2. PUAN HASNIRAH BINTI ABDUL RAHMAN
    3. ENCIK M. SHUHAIRI BIN A. WAHAB
    4. ENCIK ABDUL RUZSNAN BIN YAHAYA
    5. PUAN JASIMAH BINTI DIN
    6. CIK ZUHAIRIDA BINTI KHAIRUDDIN
    7. PUAN SHARIFAH ZALEKHA BINTI SYED ABD RAHMAN

    YB Pegawai Kewangan Negeri telah menyampaikan amanat Tahun Baru dan turut merakamkan ucapan tahniah susulan pencapaian tahun 2017 yang mencatatkan prestasi yang baik dan cemerlang dalam Audit Akauntabiliti Pengurusan Kewangan oleh Audit Negara dan Prestasi Inspektorat Keselamatan oleh Pejabat Ketua Pengawai Keselamatan. Beliau berharap pada tahun 2018, pencapaian demi pencapaian yang membanggakan akan dapat diperolehi.

    Turut hadir YH Dato’ Chua Bon Ling (Timbalan Pegawai Kewangan Negeri), Yang Berbahagia Puan Nor Akillah binti Osman (Akauntan Negeri) dan pegawai-pegawai kanan jabatan.

    Hakcipta Terpelihara @ 2017 Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang.  Sesuai dipapar menggunakan IE 8,Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1600x900

    • Tarikh Kemaskini: 13 February 2018.

    PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI PAHANG
    Tingkat 3, 5 & 6, Blok B,Wisma Sri Pahang,
    25503 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
    No. Telefon : (6)09-5126800
    No. Faks : (6)09-5134839

     


     

    Please publish modules in offcanvas position.