w3cQRCode

Malay English

Latarbelakang

Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri (PKPN) Pahang bertanggungjawab mengawal selia Jabatan Negeri bagi memastikan peraturan dan undang-undang kewangan dipatuhi. Tanggungjawab ini meliputi mengawal selia kutipan hasil negeri, pengagihan peruntukan kepada jabatan, mengawal bayaran dan menentukan rekod kewangan jabatan diselenggarakan dengan betul dan sempurna. Ini bagi memastikan pengurusan kewangan negeri dapat dilaksanakan dengan teratur. Objektif Pejabat adalah mengurus, merancang dan melaksanakan dasar kewangan dan belanjawan bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat, dan pembahagian pendapatan yang lebih seimbang selari dengan dasar kerajaan.

Sumber: Laporan Ketua Audit Negara.

Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri bertanggungjawab dalam pengurusan hal-ehwal kewangan Kerajaan Negeri selaras dengan Seksyen 11(4) Bahagian II Bab I Yang (Pemerintahan) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang 1959 menyatakan:

"Pegawai Kewangan Negeri hendaklah, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan bahagian ini, menjadi pegawai bertanggungjawab bagi hal-ehwal kewangan negeri"

PKPN diketuai oleh Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Pahang dan dibantu oleh:-

  1. Timbalan Pegawai Kewangan Negeri ( Bahagian Pengurusan Kewangan )
  2. Akauntan Negeri ( Bahagian Pengurusan Perakaunan )
  3. Penolong Pegawai Kewangan Negeri ( Bahagian Khidmat Pengurusan)