w3cQRCode

Malay English

Piagam Pelanggan

Dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, PKPN telah menetapkan Piagam Pelanggan seperti berikut:

KAMI BERJANJI:

  1. Menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan Negeri / Tambahan Peruntukan dan dikemukakan kepada Urusetia Dewan Undangan Negeri dua (2) minggu sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri;
  2. Mengeluarkan Waran Am bagi Belanja Mengurus dan Kuasa Mengeluarkan bagi Belanja Pembangunan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja selepas menerima Enakmen Perbekalan;
  3. Memberikan maklumbalas kepada semua permohonan yang memerlukan kelulusan Pegawai Kewangan Negeri dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan diterima;
  4. Memproses bayaran dalam tempoh empat (4) hari dari tarikh baucar diterima daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ);
  5. Pembayaran gaji Penjawat Awam Kerajaan Negeri mengikut jadual pembayaran gaji yang ditetapkan;
  6. Mengemukakan Penyata Kewangan Tahunan Kerajaan Negeri kepada Jabatan Audit Negara sebelum 31 Mac pada tahun berikutnya; dan
  7. Memastikan setiap aduan pelanggan yang diterima diberi maklumbalas awal dalam tempoh 24 jam dari tarikh aduan diterima.