w3cQRCode

Malay English

Articles

Majlis Malam Apresiasi PKPN

Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang telah mengadakan Majlis Malam Apresiasi PKPN 2016 pada 23 Disember 2016 jam 8.00 malam di Dewan Astana, Hotel MS Garden, Kuantan.  Majlis dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan bersama anggota keluarga masing-masing. Majlis tersebut anjuran bersama Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Kewangan Negeri Pahang dan PUSPANITA Pejabat Kewangan Negeri Pahang.  Tujuan majlis tersebut diadakan bagi menghargai sumbangan pegawai dan kakitangan jabatan sepanjang tahun.  Selain itu, majlis diadakan bersekali dengan majlis Penghargaan Sempena 25 Tahun Dalam Perkhidmatan Awam, Majlis Anugerah Pekerja Terbaik PKPN 2015 dan meraikan kakitangan yang bertukar.

Pada majlis tersebut di adakan juga acara cabutan bertuah dan pertandingan pakaian beragam kanak-kanak.   Majlis diserikan lagi dengan nyanyian oleh penyanyi jemputan serta sumbangan suara oleh warga PKPN sendiri.