faq new hubungi kami new tns peta laman web new  

    Bengkel Penyediaan Bajet Tahun 2020

     bengkel bajet 2020 1

    Bengkel Penyediaan Bajet Tahun 2020 di PKPN - 03 April 2019 - Megaview Hotel,Kuantan.

    Tahun ini, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang mengorak langkah lebih awal bagi menyiapkan cadangan anggaran Bajet jabatan bagi tahun 2020. Seramai 30 orang pegawai dan kakitangan PKPN dan agensi di bawah Kerajaan Negeri Pahang hadir dengan dibantu oleh fasilitator hebat Puan Sumanthi a/p V.K Vasu ( mantan Ketua Pembantu Tadbir (belanjawan) yang berpengalaman luas dalam bidang ini.

    bengkel bajet 2020 3

    Objektif utama bengkel ini adalah bagi menyiapkan buku cadangan bajet tahunan yang teratur dan kemas disamping boleh dijadikan contoh dan panduan kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) Negeri Pahang yang lainnya.

    bengkel bajet 2020 4

    Pegawai dan Kakitangan PKPN yang menyertai bengkel ini bakal dilantik sebagai fasilitator yang akan membantu PTJ secara langsung semasa bengkel penyediaan bajet bersama PTJ yang bakal berlangsung pada hujung bulan April ini.

    bengkel bajet 2020 6

    Semoga usaha ini dapat menjadikan PKPN antara jabatan yang cemerlang dalam Pengurusan Kewangan dan Perakaunan.

    -Berhemah-Cepat-Tepat

    Please publish modules in offcanvas position.